God
Almighty says in the Holy Quran: ‘Say, "Indeed, my prayer, my rites of
sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds. No
partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you)
of the Muslims.’ Firman Allah Taala:
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku
adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintah-Nya)." (Surah 6 ‘Al-An’aam:162-163)
God
Almighty says in the Holy Quran: ‘Say, "Indeed, my prayer, my rites of
sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds. No
partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you)
of the Muslims.’ Firman Allah Taala:
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku
adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintah-Nya)." (Surah 6 ‘Al-An’aam:162-163)
God
Almighty says in the Holy Quran: ‘Say, "Indeed, my prayer, my rites of
sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds. No
partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you)
of the Muslims.’ Firman Allah Taala:
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku
adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintah-Nya)." (Surah 6 ‘Al-An’aam:162-163)
\'The SEIGE Of Jerusalem' (Kingdom Of Heaven) . . .
Umm Al Muminin Wives Of Muhammad Shallallahu Alayhi wa Sallam ‘Peace and blessings Of God be on him’ 1) Khadijah bint Khuwaylid 2) Sawda bint Zamʿa 3) Aisha bint Abi Bakr 4) Hafsa bint Umar 5) Zaynab bint Khuzayma 6) Hind bint Abi Umayya 7) Zaynab bint Jahsh 8) Juwayriya bint al-Harith 9) Ramlah bint Abi Sufyan 10) Rayhana bint Zayd 11) Safiyya bint Huyayy 12) Maymuna bint al-Harith 13) Maria al-Qibtiyya
Hubungan Nabi Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah RadhiyAllahu`An`ha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Salam Isteri ke-11 Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam
Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Salam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Salam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.
Apabila Dahya Kalbi memohon kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya.
Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata:
"Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."
Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiyallahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah:
"Kini kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku."
Sufiyyah menjawab:
"Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?"
Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya.
Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
Kenanah menyergah:
"Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah"
Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya.
Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata:
"Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah."
Safiyyah berkata:
"Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun."
Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat:
"Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama.
Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu.
Safiyyah Radhiyallahu Anhuma meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.
Hubungan Nabi Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah RadhiyAllahu`An`ha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Salam Isteri ke-11 Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam
Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Salam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Salam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.
Apabila Dahya Kalbi memohon kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya.
Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata:
"Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."
Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiyallahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah:
"Kini kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku."
Sufiyyah menjawab:
"Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?"
Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya.
Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
Kenanah menyergah:
"Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah"
Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya.
Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata:
"Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah."
Safiyyah berkata:
"Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun."
Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat:
"Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama.
Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu.
Safiyyah Radhiyallahu Anhuma meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.
Kaum Madyan (Midian) Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam
Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam atau Shoaib >, (Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Suaib, Suayb. "Siapa yang menunjukkan jalan yang benar", ialah seorang Nabi lagi Rasul yang wajib diketahui dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam Al Qur'an. Baginda Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam ialah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Salam. Baginda Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Midian (Madyan), membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka. Namun kebanyakan kaumnya telah ingkar, lalu Allah menurunkan azab sengsara kepada kaum Madian dan memusnahkan mereka.
Kisah Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam . . .
Kaum
Madyan, kaumnya Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam, adalah segolongan bangsa yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam.
Dikhabarkan juga Kaum Madyan ini diambil sempena salah seorang anak kepada Nabi
Allah Ibrahim Alayhis Salam.
Mereka
terdiri dari orang-orang kafir yang tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa (Allah).
Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang
ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka
sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran Nabi-nabi sebelum Nabi Allah
Syu'aib Alayhis Salam.
Nabi Allah
Syu'aib Alayhis Salam juga disebut Jethro berdasarkan versi Injil Kristian.
Selain sebagai seorang Nabi dan Rasulullah bagi kaum Madyan, Nabi Allah Syu'aib
Alayhis Salam turut merupakan bapa mertua kepada Nabi Allah Musa Alayhis Salam,
selepas baginda Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam merestui Ṣaffurah anak
perempuannya menikahi Nabi Allah Musa Alayhis Salam.
Kemungkaran,
kemaksiatan dan tipu menipu dalam pergaulan merupakan perbuatan dan perilaku
yang lumrah dan rutin dalam kehidupan sehari-harian kaum Madyan atau Midian
ini. Kecurangan dan perkhianatan dalam hubungan dagang seperti pemalsuan
barang, kecurian dalam takaran dan timbangan menjadi ciri yang sudah sebati dengan
diri mereka. Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi korban permainan
para pedagang-pedagang besar dan para pemilik modal, sehingga dengan demikian
yang kaya makin bertambah kekayaannya, sedangkan yang lemah semakin merosot
modalnya dan semakin melarat hidupnya.
Sesuai
dengan sunnah Allah sejak Adam diturunkan ke bumi bahawa dari waktu ke waktu
bila manusia sudah lupakan kepadaNya dan sudah jauh menyimpang dari
ajaran-ajaran Nabi-nabiNya, dan bila Iblis serta syaitan sudah menguasai
sesuatu masyarakat dengan ajaran dan tuntutannya yang menyesatkan maka Allah
mengutuskan seorang Rasul dan Nabi untuk memberi penerangan serta tuntutan
kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan benar, jalan iman dan tauhid
yang bersih dari segala rupa syirik dan persembahan yang bathil.
Kepada
kaum Madyan diutuslah oleh Allah seorang Rasul iaitu Nabi Allah Syu'aib Alayhis
Salam, seorang daripada mereka sendiri, sedarah dan sedaging dengan mereka.
Baginda mengajak mereka meninggalkan persembahan kepada Aikah, sebuah benda
mati yang tidak bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan
persembahan dan sujud kepada Allah Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi
termasuk sebidang tanah yang mereka puja sebagai tuhan mereka.
Nabi Allah
Syu'aib Alayhis Salam menyeru kepada mereka agar meninggalkan
perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yang dilarang oleh Allah serta
membawa kerugian bagi sesama manusia serta mengakibat kerosakan dan kebinasaan
masyarakat.
Mereka
diajak agar berlaku adil dan jujur terhadap diri sendiri dan terutama terhadap
orang lain, meninggalkan perkhianat dan kezaliman serta perbuatan curang dalam
hubungan dagang, perampasan hak milik seseorang dan penindasan terhadap
orang-orang yang lemah dan miskin.
Diingatkan
oleh Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam akan nikmat Allah dan kurniaan-Nya yang
telah memberi mereka tanah subur serta sarana-sarana kemakmuran yang
berlimpah-ruah dengan pertumbuhan jumlah penduduk dan anak cucu yang pesat.
Semuanya
itu menurut seruan Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam, patut diimbangi dengan
rasa bersyukur dan bersembah kepada Allah Maha Pencipta yang akan melipat
gandakan nikmat dan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman dan bersyukur.
Diingatkan
pula Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam bahawa mereka tidak mahu sedar dan
kembali kepada jalan yang benar mengikuti ajaran dan perintah Allah yang
dibawanya, nescaya Allah akan mencabut nikmat dan kurniaNya kepada mereka,
bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di dunia selain seksa dari azab yang
menanti mereka kelak di akhirat bila di bangkitkan kembali dari kubur.
Kepada
mereka Nabi Syu'aib dikisahkan seksa dan azab yang diturunkan oleh Allah
terhadap kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh dan paling dekat kaum Luth yang kesemua
telah menderita dan menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan
mereka mengikuti ajaran serta tuntutan Nabi-nabi yang diutus Allah kepada
Mereka.
D a k w a h n y a . . .
Dakwah dan
ajakan Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam disambut oleh mereka terutama penguasa,
pembesar serta orang-orang kaya dengan ejekan dan olok-olok. Mereka berkata:
"Adakah kerana solatmu, engkau memerintahkan kami menyembah selain apa
yang telah kami sembah sepanjang hayat kami.
Persembahan
mana pula telah dilakukan oleh nenek moyang kami dan diwariskan kepada kami.
Dan apakah juga karena solatmu engkau menganjurkan kami meninggalkan cara-cara
hidup sehari-hari yang nyata telah membawa kemakmuran dan kebahagian bagi kami
bahkan sudah menjadi adat istiadat kami turun temurun.
Sungguh
kami tidak mengerti apa apa tujuanmu dan apa maksudmu dengan ajaran-ajaran baru
yang engkau bawa kepada kami. Sungguh kami menyaksikan kesempurnaan akalmu dan
keberesan otakmu!"
Ejekan dan
olok-olok mereka didengar dan diterima oleh Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam
dengan kesabaran dan kelapangan dada. Ia sesekali tidak menyambut kata-kata
kasar mereka dengan marah atau membalasnya dengan kata-kata yang kasar pula. Ia
bahkan makin bersikap lemah lembut dalam dakwahnya dengan menggugah hati nurani
dan akal mereka supaya memikirkan dan merenungkan apa yang dikatakan dan
dinasihatkan kepada mereka.
Dan
sesekali ia menonjolkan hubungan darah dan kekeluargaannya dengan mereka, sebagai
jaminan bahwa ia menghendaki perbaikan bagi hidup mereka di DUNIA dan akhirat
dan bukan sebaliknya. Ia tidak mengharapkan sesuatu balas jasa atas usaha
dakwahnya.
K a u m n y a . . .
Kaum
Syu'aib akhirnya merasa jengkel dan jemu melihat Nabi Allah Syu'aib Alayhis
Salam tidak henti-hentinya berdakwah bertabligh pada setiap kesempatan dan di
mana saja ia menemui orang berkumpul. Penghinaan dan ancaman dilontar kepada
Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam dan para pengikutnya akan diusir dan akan
dikeluarkan dari Madyan jika mereka mahu menghentikan dakwahnya atau tidak mahu
mengikuti agama dan cara hidup mereka.
Berkata mereka kepada Nabi Allah Syu'aib
Alayhis Salam dengan nada mengejek: "Kami tidak mengerti apa yang kamu
katakan. Nasihat-nasihatmu tidak mempunyai tempat di dalam hati dan kalbu kami.
Engkau
adalah seorang yang lemah fizikalnya, rendah kedudukan dalam pengaulan maka
tidak mungkin engkau dapat mempengaruhi atau memimpin kami yang berfizikal
lebih kuat dan berkedudukan yang lebih tinggi dari mu. Cuba tidak kerana
kerabatmu yang kami segani dan hormati, nescaya engkau telah kami rejam dan
sisihkan dari pengaulan kami."
Nabi
Syu'aib menjawab: "Aku tidak akan hentikan dakwahku kepada risalah Allah
yang telah diamanahkan kepadaku dan janganlah kamu mengharapkan bahwa aku
mahupun para pengikutku akan kembali mengikuti agamamu dan adat-istiadatmu
setelah Allah memberi hidayahnya kepada kami. Pelindunganku adalah Allah Yang
Maha Berkuasa dan bukan kaum kerabatku, Dialah yang memberi tugas kepadaku dan
Dia pula akan melindungiku dari segala gangguan dan ancaman. Adakah sanak
saudaraku yang engkau lebih segani daripada Allah yang Maha Berkuasa?"
Sejak
berdakwah dan bertabligh menyampaikan risalah Allah kepada kaum Madyan, Nabi
Allah Syu'aib Alayhis Salam berhasil menyedarkan hanya sebahagian kecil dari
kaumnya, sedangkan bahagian yang terbesar masih tertutup hatinya bagi cahaya
iman dan tauhid yang diajar oleh beliau.
Mereka
tetap berkeras kepala mempertahankan tradisi, adat-istiadat dan agama yang
mereka warisi dari nenek moyang mereka. Itulah satu-satunya alasan yang mereka
kemukakan untuk menolak ajaran Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam dan itulah
benteng mereka satu-satunya tempat mereka berlindung dari serangan Nabi Allah
Syu'aib Alayhis Salam atas persembahan mereka yang bathil dan adat pengaulan
mereka yang mungkar dan sesat.
Di samping
itu jika mereka sudah merasa tidak berdaya menghadapi keterangan-keterangan
Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam yang didukung dengan dalil dan bukti yang
nyata kebenaran, mereka lalu melemparkan tuduhan-tuduhan kosong seolah-olah
Nabi adalah tukang sihir yang ulung.
Mereka
telah berani menentang Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam untuk membuktikan
kebenaran risalahnya dengan memdatangkan bencana dari Allah yang ia sembah dan
menganjurkan orang menyembah-Nya pula.
Mendengar
tentangan kaumnya yang menandakan hati mereka telah tertutup rapat-rapat bagi
sinar agama dan wahyu yang ia bawa dan bahwa tiada harapan lagi akan menarik
mereka ke jalan yang lurus serta mengangkat mereka dari lembah syirik dan
kemaksiatan serta pergaulan buruk, maka bermohonlah Nabi Allah Syu'aib Alayhis
Salam kepada Allah agak menurunkan azzab seksanya kepada kaum Madyan bahwa
wujud-Nya serta menentang kekuasaannya untuk menjadi ibrah dan peringatan bagi
generasi-generasi yang akan datang.
Allah Yang
Maha berkuasa berkenan menerima permohonan dan doa Nabi Allah Syu'aib Alayhis
Salam, maka diturunkanlah lebih dahulu di atas mereka hawa udara yang sangat
panas yang mengeringkan kerongkongan kerena dahaga yang tidak dapat dihilangkan
dengan air dan membakar kulit yang tidak dapat diubati dengan berteduh di bawah
atap rumah atau pohon-pohon.
Di dalam
keadaan mereka yang sedang bingung, panik berlari-lari ke sana ke mari, mencari
perlindungan dari terik panasnya matahari yang membakar kulit dan dari rasa
dahaga karena keringnya kerongkong tiba-tiba terlihat di atas kepala mereka
gumpalan awan hitam yang tebal, lalu berlarilah mereka ingin berteduh
dibawahnya.
Namun
setelah mereka berada di bawah awan hitam itu seraya berdesak-desak dan
berjejal-jejal, jatuhlah ke atas kepala mereka percikan api dari jurusan awan
hitam itu diiringi oleh suara petir dan gemuruh ledakan dahsyat sementara bumi
di bawah mereka bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka berjatuhan,
tertimbun satu di bawah yang lain dan melayanglah jiwa mereka dengan
serta-merta.
Nabi Allah
Syu'aib Alayhis Salam merasa sedih atas kejadian yang menimpa kaumnya dan
berkata kepada para pengikutnya yang telah beriman: "Aku telah sampaikan
kepada mereka risalah Allah, menasihati dan mengajak mereka agar meninggalkan
perbuatan-perbuatan mungkar serta persembahan bathil mereka dan aku telah
memperingatkan mereka akan datangnya seksaan Allah bila mereka tetap berkeras
hati, menutup telinga mereka terhadap suara kebenaran ajaran-ajaran Allah yang
aku bawa, namun mereka tidak menghiraukan nasihatku dan tidak mempercayai
peringatanku. Kerenanya tidak patutlah aku bersedih hati atas terjadinya
bencana yang telah membinasakan kaumku yang kafir itu.'
Kisah Nabi
Allah Syu'aib Alayhis Salam dikisahkan oleh Al-Quran dalam 39 ayat pada 4
surah, di antaranya surah "Asy-Syu'ara" ayat 176 sehingga 191 sebagai
berikut :~
"176.~
Kaum Aikah telah mendustakan rasul-rasul.
177.~
Ketika Syu'aib berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?"
178.~
Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan.
179.~ maka
bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
180.~ dan
aku sesekali tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain
hanyalah dari Tuhan semesta alam.
181.~
Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan.
182.~ dan
timbanglah dengan timbang yang lurus.
183.~ Dan
janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu
bermaharajalela di bumi dengan membuat kerosakan.
184.~ Dan
bertakwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang
terdahulu.
185.~
Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah seorang daripada orang-orang
yang kena sihir.
186.~ Dan
kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami
yakin bahwa kamu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta.
187.~ Maka
jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit jika kamu termasuk orang-orang yang
benar.
188.~
Syu'aib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui apa yang engkau kerjakan".
189.~
Kemudian mereka mendustakan Syu'aib lalu mereka ditimpa azab pada hari mereka
dinaungi awan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
{kekuasaan Allah} tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.
191.~ Dan
Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang."
{Asy-Sua'ara : 176 ~ 191 }
Surah
"Hud" ayat 84 sehingga ayat 95 sebagai berikut :~
Firman
Allah Ta’ala:
"84.~
Dan kepada {penduduk} Madyan {Kami utus} saudara mereka Syu'aib. Ia berkata:
"Hai kaumku sembahlah Allah sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan
janganlah kamu kurangi sukatan dan timbangan sesungguhnya aku melihat kamu
dalam keadaan yang baik {mampu} dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan
azab hari yang membinasakan {kiamat}.
85.~ Dan
Syu'aib berkata:
"Hai
kaumku cukupkanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan jgnlah kamu merugikan
manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka
bumi dengan membuat kerusakan.
86.~ Sisa
{keuntungan dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu adalah orang-orang
yang beriman}. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu."
87.~
Mereka berkata: "Hai Syu'aib apakah sembahyangmu menyuruh kami agar kami meninggalkan
apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami membuat apa yang kami
kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sgt penyantun
lagi berakal."
88.~
Syu'aib berkata: "Hai kaumku bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti
yang nyata dari Tuhanku dan anugerahi-Nya aku daripada-Nya rezeki yang baik
{patutlah aku menyalahi perintah-Nya}? Dan aku tidak mahu menyalahi kamu
{dengan mengerjakan} apa yang aku larang kamu daripadanya. Aku tidak bermaksud
kecuali {mendatangkan} kebaikan selama aku masih bersanggupan. Dan tidak apa
taufik bagiku melainkan dengan {pertolongan} Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.
89.~ Hai
kaumku janganlah hendaknya pertentangan antara ku {dengan kamu} menyebabkan
kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau
kaum Hud atau kaum Saleh sedang kaum Luth tidak {pula} jauh {tempatnya,
masanya} dari kamu.
90.~ Dan
mohonlah ampun daripada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih."
91.~
Mereka berkata: "Hai Syu'aib? Kami tidak banyak mengetahui tentang apa
yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu adalah
seorang yang lemah di antara kami jika tidak karena keluargamu tentulah kami
akan merejam kamu sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi
kami."
92.~
Syu'aib menjawab: "Hai kaumku! Apakah keluargaku lebih terhormat menurut
pandanganmu daripada Allah sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di
belakangmu? Sesungguhnya {pengetahuan} Tuhanku meliputi apa yang kamu
kerjakan."
93.~ Dan
{dia berkata}: "Hai kaumku perbuatlah menurut kemampuanmu sesungguhnya aku
pun berbuat {pula}. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan kedatangan azab
yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab {Tuhan}.
Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu."
94.~ Dan
tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Syu'aib dan orang-orang yang beriman
bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari Kami dan orang-orang yang zalim
dibinasakan oleh suatu suara yang mengguntur lalu jadilah mereka mati
bergelimpangan di rumahnya.
95.~
Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaanlah
bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." { Hud : 84 ~
95 }
Surah
"Al-A'raaf" ayat 85 sehingga 93 sebagai berikut :~
Firman
Allah Ta’ala:
"85.~
Dan {Kami telah mengutuskan} kepada penduduk Madyan saudara mereka Syu'aib. Ia
berkata: "Hai kaumku! sembahlah Allah, sesekali tiada Tuhan bagimu
selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadaku bukti yang nyata dari Tuhanmu.
Maka sempurna-kanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi
manusia barang-barang sukatan dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat
kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih
baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman".
86.~ Dan
janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan
menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah dan menginginkan agar
jalan Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah
sedikit kemudian di perbanyak {oleh Allah}. Maka perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.
87.~ Jiak
ada segolongan daripada kamu beriman kepada apa yang aku diutus untuk
menyampaikannya dan ada pula segolongan yang tidak beriman, maka bersabarlah sehingga
Allah menerapkan hukuman-Nya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang
sebaik-baiknya.
88.~
Pemuka-pemuka drp kaum Syu'aib yang menyombongkan diri berkata:
"Sesungguh-nya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan orang-orang yang
beriman bersamamu dari kota kami atau kamu kembali kepada agama kami."
Berkata Syu'aib: "Dan apakah {kamu akan mengusir kami}, meski pun kami
tidak menyukainya?"
89.~
Sungguh kami mengada-adakan kebohongan yang besar terhadap Allah, jika kembali
kepada agamamu, sesudah Allah melepaskan kami daripadanya, Dan tidaklah patut
kami kembali kepadanya, kecuali jika Allah, Tuhan kami menghendakinya.
Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami
bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan
hak {adil} dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya".
90.~
Pemuka-pemuka kaum Syu'aib yang kafir berkata {kepada sesamanya}:
"Sesungguh-nya jika kamu mengikuti Syu'aib, tentu kamu jika berbuat
demikian {menjadi} orang-orang yang merugi".
91.~
Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang
bergelim-pangan di dalam rumah-rumah mereka.
92.~
{iaitu} orang-orang yang mendustakan Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah
berdiam di kota itu, orang-orang yang mendustakan Syu'aib mereka itulah
orang-orang yang rugi.
93.~ Maka
Syu'aib meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat
kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang
kafir." {Al-A'raf : 85 ~ 93}
Dan surah
"Al-Hijr" ayat 78 sehingga 79 sebagai berikut :~
Firman
Allah Ta’ala:
78.~
"Dan sesungguhnya penduduk Aikah itu benar-benar kaum yang zalim.
79.~ Maka
Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua kota itu {Aikah dan Sadum kota
kaum Luth} benar-benar terletak di jalan umum yang terang."
Makam Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam . . .
Makam Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam dikatakan terletak di Jordan; kira-kira 2 km ke barat pekan Mahis didalam sebuah kawasan yang dikenali sebagai Wadi Syu'aib. Tempat lain yang diperakui oleh golonganDuruzi sebagai Makam Nabi Allah Syu'aib Alayhis Salam terletak di Hattin di Galilee. Tapak ini merupakan tempat suci bagi penganut Duruzi.