Sunday 30 October 2011

TIDURLAH ANAKKU SAYANG


Ukhti Syazreen shared Himpunan Kisah & Tauladan Dalam Islam's photo.

Ingat lagi kisah berdarah di Netzarim? Kisah Muhammad Al-Durrah dan ayahnya Jamal Al-Durrah yang ditembak semasa pertempuran? Tak Ingat? Sudah lupa?


Muhammad Al-Durrah masih berumur 12 tahun ketika syahid ditembak Rejim Israel enam tahun yang lalu. Peristiwa 30 September 2000 itu telah menggemparkan dan rakaman fotonya tersebar ke seluruh dunia.

Pagi itu Muhammad al-Durrah mengikut ayahnya keluar ke bandar. Malangnya tiba di satu persimpangan jalan di Netzarim, mereka terperangkap dalam pertempuran antara pihak berkuasa Palestin dan Israel yang sedang berbalas tembakan. Jamal cuba melindungi anaknya lalu berlindung dibalik tembok bangunan. Selama 45 minit jeritannya meminta pertolongan tidak dihiraukan. Muhammad terkena tembakan di kaki. Akhirnya Muhammad Al-Durrah terkorban di riba ayahnya setelah terkena empat tembakan peluru. Jamal juga cedera parah walaupun berjaya diselamatkan selepas menjalani rawatan kecemasan di Jordan.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh jurufoto France 2 yang berjaya merakam 27 minit dari kejadian tersebut. Imej ini akhirnya tersebar ke seluruh dunia dan menjadi bukti kekejaman Zionis Israel.

Rejim Israel seperti biasa dengan berbeli-belit, mahu berlepas tangan. Berbagai tuduhan dilemparkan. Sehingga direka cerita bahawa tragedi itu hanyalah sebuah lakonan untuk menarik simpati. Yang peliknya ada juga yang percaya. Betapa besarnya pengaruh rejim Israel. Semua media memainkan propaganda jahat Zionis.

Sehingga kehari ini, peristiwa itu terus menjadi igauan ngeri buat keluarga Al-Durrah. Zionis mungkin lupa. Dunia akan lupa. Namun meraka akan sentiasa ingat. Mereka tidak akan lupa. Jamal Al-Durrah berkata, kematian anaknya tidak sia-sia. Muhammad al-Durrah syahid demi Al-Aqsa. Amal, ibunya menambah, perginya Muhammad adalah satu pengorbanan mereka untuk tanahair tercinta, Palestin.

Kisah di Netzarim ini turut diabadikan dalam album Phoenix Bangkit karya M Nasir.Lagu bertajuk Masirah ciptaan M Nasir dan lirik oleh S Amin Shahab cuba berkongsi rasa penderitaan sebuah bangsa. Kebetulan semalam saya menonton kembali VCD Konsert Phoenix Bangkit (sambil membaca buku SN A Samad Said, Ilham di tepi Tasik).

Tersentuh jiwa. Sudah lupakah dunia akan kisah berdarah ini. Berapa ramai lagi Ad Durrah yang akan terkorban sebelum dunia berbuat sesuatu?

Disalin dari : http://jiwarasa.wordpress.com/2006/07/19/muhammad-al-durrah/

MASIRAH

Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia

Masirah anak al-Durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata
memandang dusta


Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan


Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan

Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan

Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan…

Lagu: M.Nasir

Lirik: S.Amin Shahab/ Puisi dalam bahasa Perancis oleh Tok Mat Sungai Congkak

Album: Phoenix Bangkit
Luncai Emas 2001


SAJAK BUAT AL DURRAH

Tantangan Si Kecil Muhammad Al Dorrah Kepada Seluruh Tentara Israel Sedetik Sebelum Ajalnya Datang Menjelang

Dengan membusungkan dada
Dada yang merah menyala
Dengan mengepalkan tangannya
Tangan yang merah menyala
Ia teriakan sebuah tantangan
Tantangan yang merah menyala
Kepada seluruh tentara Israel yang durjana
"Ayo, tembakan seluruh peluru kalian
Pada dadaku dan dada seluruh anak Palestina
Maka kalian akan kalah bersama keputusasaan
Dan kami akan menang bersama keyakinan!"

Dimuat dalam antologi para penyair dunia di Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur ( PPDKL ) 2002

Disalin dari : http://axhu.multiply.com/journal/item/54/Sajak-Sajak_Palestina_oleh_Kang_Abik


Penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak Palestine angkara kekejaman Tentera Israel. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

 ·  ·  · 27 minutes ago · Privacy:
    • Alif Hamden INGATLAH: Pesanan Allah Taala pada umat manusia, ‘Dari Abu Dzar Radhiyallahu Anhu, dari Nabi Sallallaahu `Alayhi `waa`Sallam, sebagaimana yang diriwayatkan oleh beliau dari Allah Subhanahuwataala bahwa Dia berfirman, "Wahai hamba-hamba­Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku. Dan Aku juga menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan di antara kalian. karena itu janganlah kalian saling menzalimi’ . . . (Hr hadis panjang. Muslim, hadits qudsi, hadith 6572)
      14 minutes ago

    • Alif Hamden Ps: INGATLAH: ‘Jangan terlepas pandang perkara ini’ ’Janji Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam: 99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa di akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah YAKJUJ DAN MAKJUJ", kata Rasulullah. Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka. Allah Subhanahuwataala telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia Yakjuj dan Makjuj ini. Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yang mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi’. ". . . Nauzubillah . . .
      14 minutes ago

    • Alif Hamden Ps: Bersesuaian pula dengan hadis yang lain menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga. Dapat dilihat peranan "YAKJUJ DAN MAKJUJ" ini, mereka membina pelbagai rangkaian persatuan dan pertubuhan secara sulit untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka menyusun strategi tanpa disedari oleh orang lain. Untuk mengawal atur (MIND CONTROL) . . . Nauzubillah . . . MaaSyaaAllah, laa-quwwata-illaa-billah
      14 minutes ago

    • Alif Hamden Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 'Firman Allah Taala, ‘Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka’. (Surah An-Nisa' ‘4: Ayat 159)
      6 minutes ago · 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...